BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 29, 2010

AKTIVITI K-KOMS

Sepanjang penubuhan Kelab Seni Visual atau lebih dikenali sebagai K-KOMS, kami telah menjalankan beberapa aktiviti seperti :

  1. Banner untuk Pendaftaran Prasekolah Sesi 2010 Tadika Halimatul Saadiah IPG Kampus Pendidikan Islam. (15 Oktober 09)
  2. Bekerjasama dengan ahli Pekomperi menyediakan Banner Orkestra Pekomperi sempena Karnival Raudhah JPP. (24 Oktober 09)
  3. Backdrop Hari Kualiti Pelajar IPG KPI. (8 Ogos 09)
  4. Backdrop Malam Kebudayaan dan Kesenian. (27 Julai 09)
  5. Banner Minggu Aktif Sukan. (26-30 April 10)
  6. Kelas secara berkala pada setiap hari Jumaat selepas Isya'.

LAPORAN RINGKAS

TARIKH : 24 OKTOBER 2009

TEMPAT : PADANG IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

PERKARA : KARNIVAL RAUDHAH JPP


Karnival Raudhah JPP merupakan anjuran JPP Sesi 09/10 yang diadakan julung kalinya di IPG KPI. Pada hari tersebut, Kelab Seni Visual telah membuka sebuah gerai jualan bagi menjual beberapa buah buku karya PTS termasuk komik TAKAZA. TAKAZA merupakan komik karya Sitrahaslee Jamil, seorang penuntut dan juga merupakan penggerak utama Kelab Seni Visual Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam.


Selain menjual komik-komik di gerai jualan, Kelab Seni Visual turut menganjurkan pertandingan melukis terbuka kepada semua yang hadir pada hari tersebut. Penganjuran pertandingan ini mempunyai objektif mencungkil bakat-bakat baru dalam seni lukis selain menarik minat para bakal pendidik untuk mempunyai daya kreatif yang tinggi.

JUALAN KOMIK


TAKAZA
Dapatkan TAKAZA #2 di pasaran sekarang...... :)





Friday, May 14, 2010

singgah2 blogS

assalamualaikum w.b.t.... =)
singgah2 blogS ni saje nk perkenalkan blog2 y ade kaitan ngan seni2 lukis ni... tp bukan blogs je, website pn ade....
jadi, jom singgah.... hee~

ade banyak lagi.. ni y terpilih saje.. lau ase cam ade blog @ website y ade kaitan ngan seni lukis ato ingin berkongsi ilmu, dialu-alukan... =)

Sunday, May 2, 2010

Kejayaan Yang Kekal
Kejayaan yang sebenar adalah kejayaan yang kekal. Kejayaan di dunia semata-mata bukanlah satu kejayaan yang kekal. Bahkan ia adalah kejayaan yang singkat, sementara dan mudah dilupakan. Kejayaan yang sebenar adalah kejayaan di akhirat. Ia adalah kejayaan untuk selamanya, tidak ada kesudahan dan tidak mungkin dilupakan. Seseorang yang sentiasa mendapat kejayaan, kesenangan dan pujian di dunia, kemudiannya dimasukkan ke dalam neraka bagi satu saat ditanya, adakah di dunia kamu pernah gembira? Maka dia menjawab, “ Tidak! Aku di dunia sentiasa dengan kesusahan!” Dan seseorang yang sentiasa hidup dengan kesusahan, selalu mendapat ujian, selalu di zalimi, kemudiannya dimasukkan ke dalam syurga bagi satu saat ditanya, adakah kamu pernah terseksa sewaktuhidup di dunia? Maka dia menjawab, “ Tidak! Aku di dunia sentiasa mendapat kesenangan!”Sama seperti apabila kita gagal dalam peperiksaan. Pelajar yang bersenang lenang tanpa memikirkan pelajaran dan tidak mempedulikan keputusan pelajaran, apabila gagal, dia merasa sedih sehingga kesedihan itu melupakan semua kesenangan, kegembiraan dan keseronokan yang dia pernah lalui sebelum peperiksaan. Baginya, kesenangan yang dilaluinya sebelum itu merupakan satu kesusahan.
Manakala pelajar yang bersusah payah, bersungguh-sungguh, sentiasa penat dan letih kerana tekun belajar, apabila mendapat keputusan yang baik, maka dia merasa sangat gembira sehingga melupakan segala kesusahan, kepenatan, kepayahan yang dia pernah lalui sebelum peperiksaan. Baginya, kesusahan yang lepas adalah satu kesenangan. Dalam melakukan amal ibadat memang perlu bersusah payah sedikit. Tetapi itu adalah sedikit susah payah yang bakal melenyapkan banyak susah payah di akhirat
-----------------------
Kemuliaan Di Tangan Siapa?
Kemuliaan dan penghormatan yang diperoleh datangnya daripada Allah. Kemuliaan seseorang ataupun hinanya seseorang itu bukanlah kerana kehendak manusia. Semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Walaupun ramai orang memuji, boleh jadi Allah hendak menghinakan dia sebenarnya. Walaupun ramai orang menghina, ramai orang tidak suka, boleh jadi Allah hendak memuliakan dia sebenarnya. Kadang-kadang apabila Allah murka pada seseorang, Allah berikannya kesenangan di dunia. Dan kadaang-kadang apabila Allah suka pada seseorang, Allah berikannya kesusahan. Mungkin dengan kesusahannya, dia mengingati Allah. Mungkin juga dengan kesenangannya, dia lalai pula pada Allah. Datangnya manfaat itu adalah ujian. Datangnya mudarat itu juga adalah ujian. Sekiranya datang manfaat, ujian baginya adalah bersyukur. Sekiranya datang mudarat, ujian baginya adalah bersabar. Mulianya seseorang itu bukanlah disebabkan dia pandai berkata-kata ataupun kerana kepandaiannya dalam ilmu. Tetapi, mulianya seseorang itu adalah kerana pandainya Allah menyorokkan aibnya daripada
diketahui orang ramai. Siapalah kita ini… sekiranya dibuka aib kita, mungkin tiada siapapun mahu berkawan dengan kita, bukan?

Tuesday, April 27, 2010

ini muka depan komik ke dua yang bakal keluar...
cantik x?

Saturday, March 20, 2010

artwork terbaru lagi


artwork

Tuesday, March 9, 2010

KELAB KOMIK telah berjaya melaksanakan satu program yang menarik sepanjang 3 bulan nih...
antaranya kami telah membuat kelas melukis yang ada di sertai pelukis dari luar sebagai tenaga pengajar.
wah...hebat kan?

melukis nih sangat penting bagi semua warga pendidik kerana ia boleh membantu dalam pengajaran anda di sekolah...

kami telah memulakan pengajaran kami dengan mngajar teknik membuat power of line, muka, gerakan badan, pokok dan lain2 lagi
,oga2 ia dapat diteruskn lagi walaupun ketua k-koms ni akan ada praktikum xlama lagi...caiyok yekkk...
salam

Monday, January 11, 2010

assalamualaikum...

alhamdulillah, sy sgt gembira kerana dapat akhirnya menyiapkan kertas kerja untuk menubuhkan kelab komik ini dgn rasminya...

ketua jabatan, pengarah n pensyarah penasihat pun setuju gak dgn kelab komik ini...
alhamdulillah...

happy..... ;)