BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 14, 2010

singgah2 blogS

assalamualaikum w.b.t.... =)
singgah2 blogS ni saje nk perkenalkan blog2 y ade kaitan ngan seni2 lukis ni... tp bukan blogs je, website pn ade....
jadi, jom singgah.... hee~

ade banyak lagi.. ni y terpilih saje.. lau ase cam ade blog @ website y ade kaitan ngan seni lukis ato ingin berkongsi ilmu, dialu-alukan... =)

Sunday, May 2, 2010

Kejayaan Yang Kekal
Kejayaan yang sebenar adalah kejayaan yang kekal. Kejayaan di dunia semata-mata bukanlah satu kejayaan yang kekal. Bahkan ia adalah kejayaan yang singkat, sementara dan mudah dilupakan. Kejayaan yang sebenar adalah kejayaan di akhirat. Ia adalah kejayaan untuk selamanya, tidak ada kesudahan dan tidak mungkin dilupakan. Seseorang yang sentiasa mendapat kejayaan, kesenangan dan pujian di dunia, kemudiannya dimasukkan ke dalam neraka bagi satu saat ditanya, adakah di dunia kamu pernah gembira? Maka dia menjawab, “ Tidak! Aku di dunia sentiasa dengan kesusahan!” Dan seseorang yang sentiasa hidup dengan kesusahan, selalu mendapat ujian, selalu di zalimi, kemudiannya dimasukkan ke dalam syurga bagi satu saat ditanya, adakah kamu pernah terseksa sewaktuhidup di dunia? Maka dia menjawab, “ Tidak! Aku di dunia sentiasa mendapat kesenangan!”Sama seperti apabila kita gagal dalam peperiksaan. Pelajar yang bersenang lenang tanpa memikirkan pelajaran dan tidak mempedulikan keputusan pelajaran, apabila gagal, dia merasa sedih sehingga kesedihan itu melupakan semua kesenangan, kegembiraan dan keseronokan yang dia pernah lalui sebelum peperiksaan. Baginya, kesenangan yang dilaluinya sebelum itu merupakan satu kesusahan.
Manakala pelajar yang bersusah payah, bersungguh-sungguh, sentiasa penat dan letih kerana tekun belajar, apabila mendapat keputusan yang baik, maka dia merasa sangat gembira sehingga melupakan segala kesusahan, kepenatan, kepayahan yang dia pernah lalui sebelum peperiksaan. Baginya, kesusahan yang lepas adalah satu kesenangan. Dalam melakukan amal ibadat memang perlu bersusah payah sedikit. Tetapi itu adalah sedikit susah payah yang bakal melenyapkan banyak susah payah di akhirat
-----------------------
Kemuliaan Di Tangan Siapa?
Kemuliaan dan penghormatan yang diperoleh datangnya daripada Allah. Kemuliaan seseorang ataupun hinanya seseorang itu bukanlah kerana kehendak manusia. Semuanya berlaku dengan kehendak Allah. Walaupun ramai orang memuji, boleh jadi Allah hendak menghinakan dia sebenarnya. Walaupun ramai orang menghina, ramai orang tidak suka, boleh jadi Allah hendak memuliakan dia sebenarnya. Kadang-kadang apabila Allah murka pada seseorang, Allah berikannya kesenangan di dunia. Dan kadaang-kadang apabila Allah suka pada seseorang, Allah berikannya kesusahan. Mungkin dengan kesusahannya, dia mengingati Allah. Mungkin juga dengan kesenangannya, dia lalai pula pada Allah. Datangnya manfaat itu adalah ujian. Datangnya mudarat itu juga adalah ujian. Sekiranya datang manfaat, ujian baginya adalah bersyukur. Sekiranya datang mudarat, ujian baginya adalah bersabar. Mulianya seseorang itu bukanlah disebabkan dia pandai berkata-kata ataupun kerana kepandaiannya dalam ilmu. Tetapi, mulianya seseorang itu adalah kerana pandainya Allah menyorokkan aibnya daripada
diketahui orang ramai. Siapalah kita ini… sekiranya dibuka aib kita, mungkin tiada siapapun mahu berkawan dengan kita, bukan?